 |
DUNIA DAGANG TRADING (DDT) adalah sebuah entiti yang terlibat secara langsung dengan aktiviti pertanian. DDT mengusahakan pertanian secara fertigasi yang menghasilkan tanaman berkualiti tinggi iaitu rock melon (cantaloupes), tomato, cili benggala (capsicum) dan timun jepun (zuchini) & lain-lain. Fokus utama tanaman DDT ialah penghasilan rock melon bermutu tinggi dari segi saiz, berat dan rasa.
Kapasiti pengeluaran hasil dalam kaedah fertigasi boleh ditentukan dan dijadualkan dengan adanya permintaan tetap yang berpanjangan. Oleh yang demikian, DDT mengalu-alukan sokongan dan kerjasama pemborong, pemasar dan pengeksport hasil fertigasi kami bagi membolehkan peningkatan pengeluaran dapat dilaksanakan oleh DDT.
|