 |
PERKHIDMATAN DDT
 |
Membekal dan memasang lengkap rumah kalis hujan dan sistem/peralatan fertigasi.
Tubing, Mini Tubing, Filter, Set dripper lengkap, UV Plastik, Klip plastik, Klip besi, Frame Besi Rumah Kalis Hujan Lengkap, Silver shine, Bata, Pam/Tangki, Coco peat, Peat soil, Polibeg putih/hitam, Benih-benih pokok, Set Baja Fertigasi lengkap, Racun-racun/Hormon berkaitan, Baja semburan (buah) dan Tray semaian.
|
| |
|
 |
Memberi nasihat tentang kaedah tanaman fertigasi kepada individu atau kelompok masyarakat yang berminat menceburi pertanian moden ini.
Cara tanaman (rock melon/cili/capsicum/tomato/timun jepun/peria/terung), penjagaan, penjadualan, aktiviti harian, keperluan semasa dan aktiviti selepas tuaian.
|
| |
|
 |
Membekal baja fertigasi/hidroponik khas.
Kami menyediakan dan membekalkan baja khas untuk pertanian fertigasi dan juga hidroponik kepada semua pengusaha tanaman fertigasi/hidroponik samada secara komersil dan besar-besaran mahupun sebagai hobi dan kecil-kecilan. Baja ini termasuk untuk tanaman melon, cili, tomato, sayuran berdaun dan sayuran berbuah.
|
|
Untuk memudahkan usahawan/individu berminat terlibat secara aktif dalam pertanian moden secara fertigasi, Dunia Dagang menyediakan pakej khas seperti berikut:
PAKEJ 1
Membekal & membangunkan 5 unit rumah kalis hujan (ukuran 7'x60' setiap unit) lengkap dengan sistem fertigasi. Kosnya adalah RM28,000.
5 unit rumah memerlukan tanah seluas sekurang-kurangnya 80'x80' (rata, tidak dinaiki air dan berpagar).
PAKEJ 2
Membekal & membangunkan 2 unit rumah kalis hujan (ukuran 20'x100' setiap satu) lengkap dengan sistem fertigasi. Kosnya adalah RM35,000.
2 unit rumah memerlukan tanah seluas sekurang-kurangnya 50'x120' (rata, tidak dinaiki air dan berpagar).
(Pakej-pakej di atas meliputi kerja-kerja membekal & memasang lengkap rumah kalis hujan dan sistem fertigasi, ujian sistem, khidmat nasihat untuk semusim tanaman, 3 kali lawatan tapak untuk semusim, pakej semusim baja khas fertigasi, hormon, racun, benih terbaik & peat moss, kerja semaian dan kerja pindah ke polibeg untuk musim pertama, membekal/mengisi sabut ke dalam polibeg, menyusun bata/polibeg dalam batas, kerja-kerja berkaitan pada hari pertama pindah polibeg dan membekal SOP manual serta kursus atas ladang hands-on).
Nota: Kawasan Pakej ialah Johor Utara (Muar/Tangkak), Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang Barat (Temerloh), Perak, Pulau Pinang Selatan (Nibong Tebal) & Kedah (Bandar Bharu & Serdang). Tambahan RM2,000 ~ RM6,000 diperlukan bagi luar kawasan tersebut di Semenanjung Malaysia.
|